tapang banner

 

LAMAN UTAMA | MAKLUMAT AM | PENTADBIRAN | HEM | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PEPERIKSAAN | GALERI SEKOLAH

E - KEHADIRAN

Maklumat Kehadiran Pelajar (Login)

TAKWIM TAPANG

Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Permuafakatan Ibu Bapa dengan Guru (13/4/2013 - Sabtu, Dewan Sekolah)

Bengkel Pengurusan Soalan Peperiksaan 2 (27/4/2013)

LOKASI SMK SUNGAI TAPANG

Zoom In

PERUTUSAN TUAN PENGETUA

ENCIK BEKON JENET

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Yang Maha Esa, kerana dengan limpah rahmat-Nya semua warga sekolah begitu bermotivasi dan beraspirasi untuk  meneruskan agenda perjuangan kita ke arah memajukan pendidikan dan mencemerlangkan sekolah ini.

Seperti yang kita sedia maklum, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) bermatlamat untuk menawarkan pendidikan yang berkualiti untuk semua murid.  Untuk memastikan matlamat ini tercapai, fokus kita haruslah terumpu pada usaha memperkasakan sekolah supaya mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek. Lantaran itu, penggemblengan tenaga dan usaha antara pihak pentadbir sekolah, barisan guru dan para murid secara sistematik dan terarah ialah penjana utama untuk menjadikan SMK Sungai Tapang medan terbaik untuk membina modal insan yang bersahsiah utuh, bermentaliti kelas pertama, berpengetahuan dan berkemahiran, berketerampilan dan berdaya saing.

Sebagai pemangkin dan prasyarat untuk mencemerlangkan murid dan sekolah, setiap warga SMK Sungai Tapang harus membuat anjakan paradigma dan berusaha gigih, serta mewujudkan jalinan kerjasama yang erat.  Dengan adanya usaha secara bersepadu dan sandar-menyandar, semua warga sekolah akan bergerak serentak dan sederap ke arah menampilkan kecemerlangan yang kita idam-idamkan.

Di samping pencapaian akademik, pihak sekolah turut menjadikan usaha untuk meningkatkan tahap kecerdasan emosi dan kecemerlangan sikap dalam kalangan warga sekolah sebagai agenda perdana.   Hal ini demikian kerana kecerdesan emosi yang mantap dan kecemerlangan sikap yang terpuji membolehkan para  guru dan murid melakukan usaha terbaik untuk menyumbang  kepada kecemerlangan sekolah.   Selain itu, semua murid diberi segala ruang dan peluang untuk   bergerak aktif dalam aktiviti kokurikulum. Kita percaya, dengan adanya keseimbangan antara pencapaian akademik dan kokurikulum, barulah aspek emosi, rohani, dan jasmani dapat disepadukan dengan aspek intelektual. Selanjutnya,  harapan kita supaya lebih ramai murid sekolah ini bakal menempa nama dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah akan menjadi kenyataan.

Akhir kata, saya berkeyakinan tinggi bahawa dengan adanya kesepaduan usaha dan kesepakatan misi antara semua warga sekolah, gelaran sekolah cemerlang pasti akan menjadi milik kita bersama.

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2013 - SMK Sungai Tapang, Kuching.

Emel: smksungaitapang@smksungaitapang.edu.my

PENAFIAN: SMK Sungai Tapang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.