DASAR DISIPLIN SEKOLAH
-
Pengurusan disiplin di SMK Sungai Tapang merupakan satu usaha yang bersepadu dan menyeluruh daripada semua warga sekolah bersandarkan tatacara kawalan disiplin Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif ke arah membolehkan setiap murid mencapai potensi diri secara optimum dan seimbang.
Huraian Dasar
-
Usaha Bersepadu
- Melibatkan semua warga sekolah (Semua pentadbir, guru, kakitangan sokongan, pengawas dan murid).
-
Usaha Menyeluruh
- Melibatkan semua aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
-
Tatacara Kawalan Disiplin
- Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas, pengurusan disiplin dijalankan secara rasional dan profesional, dengan bersandarkan bukti yang sahih, prosedur yang betul dan dokumentasi yang lengkap.
-
Suasana Pembelajaran Yang Kondusif
-
Iklim sekolah yang bersih daripada masalah disiplin membolehkan murid belajar secara efektif dan efisien.
-
-
Matlamat Akhir
- Kemenjadian murid secara optimum dan seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.

